Seni Berkasih Sayang
Seni Berkasih Sayang
Cinta bukanlah seperti persoalan matematik yang boleh diselesaikan dengan logik dan formula, malah ia akan menjadi semakin rumit jika kita cuba menggunakan kaedah itu. Namun ia bukanlah bererti cinta itu tidak boleh difahami. Cinta adalah tentang mengawal emosi dan perasaan. Tentu sahaja kita perlu belajar, perlu bijak mengendalikan emosi dan kemahiran bagi menyampaikan isi hati.
Jika dalam buku Seni Menghargai Diri, Yoon Hong Gyun mengajak kita mencintai diri sendiri, Seni Berkasih Sayang mengajarkan cara mencintai orang lain dengan dengan benar, bukan sekadar cinta antara kekasih. Melalui Seni Berkasih Sayang, kita dapat memahami cinta agar dapat
- mencintai diri sendiri
- menghadapi pelbagai risiko tanpa kasih sayang
- menangani putus cinta
- menolak atau melepaskan cinta tapan perlu merasa disakiti atau menyakiti
- menemui cinta yang mampu membebaskan
Sesuatu yang pasti adalah cinta bukanlah sesuatu yang dapat kita lepaskan dengan mudah hanya kerana mahu menyerah.